Adakah Al Quran masih lagi diturunkan?

View previous topic View next topic Go down

Adakah Al Quran masih lagi diturunkan?

Post by fauziA31 on Wed Jul 27, 2016 9:12 pm

Surah Al-Baqara, Verse 185:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
(Melayu)

via iQuran

Assalamualaikum Dato.
Nama saya mohammad Fauzi Bin Mat Nor.
Izinkan saya utk bertanya beberapa soalan.

Berkisarkan kepada ayat 2:185 itu... Apakah yg di maksudkan dengan perkataan RAMADHAN tu.
Berdasarkan pembacaan saya... Perkataan ramadhan tidak pernah wujud pada muhammad serta kaum nya sebelum ayat ini diturunkan .. Maka apakah agaknya 'ramadhan' pada ketika turun nya ayat yg muhammad perlu perjelaskan pada kaum nya?

Dari pembacaan yg lain, ramadhan di sama ertikan sebagai suatu keadaan yg panas terik.... Kalau itu lah yg kita kata pada maksud ramadhan... Bagaimana pula ramadhan di Norway yg tiada erti panas atau terik... Sejuk sepanjang tahun ada le..

Soalan 2:
Ayat ini menyatakan bahawa alquran diturunkan pada bulan ramadhan... Kita baru sahaja melepasi satu bulan yg dikatakan bulan Ramadhan..kalau kita lihat ayat ini secara bahasa... Kita boleh kata Al Quran itu masih lagi diturunkan pada bulan ramadhan! Mgkn ramadhan yg baru lepas ni Al Quran diturunkan, Atau ramadhan tahun satu lagi al quran akan diturunkan. Ayat itu tidak menyatakan ramadhan yg mana satu Al Quran tu diturunkan. Jadi di sudut kerelevenan ayat dan sifat setiap ayat quran sebagai petunjuk, apakah yg perlu kita fahami dan mengambil iktibar dari ayat ini?

Soalan 3:
Seterusnya, di dalam Ayat tersebut juga menyatakan "sekiranya kamu sakit dan bermusafir maka boleh dikecualikan dari berpuasa"
Dari sudut releven masa dan petunjuk, Apakah penafsiran ayat yg boleh kami fahami dari terjemahan ini? .. Apakah keilmuan yg releven dengan tugasan kami di bahagian Quality di syarikat Proton (new vehicle development) dari penafsiran ayat tersebut.

fauziA31

Posts : 2
Join date : 2016-07-12

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum